PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana telah meletakkan jawatan.
SEBENARNYA :
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menolak dakwaan tempoh perkhidmatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Masnizam Hisham akan ditamatkan pada masa terdekat atau meletakkan jawatan.
Prasarana dalam kenyataannya berkata, Lembaga Pengarah menolak dakwaan berkenaan dan menzahirkan keyakinan mereka terhadap keupayaan serta kepimpinan Masnizam dalam menguruskan Prasarana.
SUMBER :