Waspada Pemanggil Telefon Menyamar Pegawai Bank Atau ASNB

TULAR:
317

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi maklumat peribadi atau mengikut arahan pemanggil yang mendakwa pegawai bank atau  Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Gambar hiasan.Sumber : Pexels.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, pelabur perlu sentiasa berwaspada jika ada pihak yang tidak dikenali bertanyakan maklumat peribadi dan pelaburan.

Beliau berkata, “Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan supaya tidak mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.

“Pelabur boleh menghubungi Jabatan Pengurusan Ejen dan Perhubungan Pelanggan di talian 03-20573000 bagi mendapatkan kepastian berhubung panggilan yang diterima”.

Mengulas lanjut, Mohammad berkata, bagi mengekang penipuan berkenaan pihaknya menganjurkan program pendidikan berasaskan pelaburan seperti Seminar Pelaburan 360 Hari.

SUMBER :

Facebook Amanah Saham Nasional Berhad

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI