Kawad “Goose Step” ATM Ikut Gaya Tentera Komunis?

TULAR:
588

PENJELASAN:

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan dakwaan kononnya latihan kawad ‘goose step’ oleh sekumpulan anggota tentera darat yang tular di media sosial baru-baru ini adalah menyerupai latihan kawad tentera komunis.

Sumber gambar: Facebook

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan kononnya latihan kawad ‘goose step’ oleh sekumpulan anggota tentera darat yang tular di media sosial baru-baru ini adalah menyerupai latihan kawad tentera komunis.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, meskipun latihan tersebut seakan-akan kawad tentera komunis, ia bukanlah menjadi isu besar buat pihaknya kerana latihan kawad yang diamalkan di negara ini juga adalah berasal dari negara British.

Beliau menjelaskan, “Kita tidak boleh memberi pandangan negatif berkenaan isu ini kerana ia masih dalam kajian dan latihan sebelum mendapat kelulusan rasmi pelaksanaannya daripada pihak atasan. Sebab itu pihak ATM hanya diberi arahan untuk mengkaji dan menilai terlebih dahulu ‘goose step’ ini mengikut kesesuaian fizikal, pakaian, anggota dan sebagainya”.

SUMBER:

Kosmo

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI