Seorang Wanita Cuba Terjun Jambatan Kerana Tidak Terima Bayaran Tuntutan Perkeso?

TULAR:
504

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang dikatakan cuba terjun dari Jambatan Peserai di Batu Pahat bahawa suaminya yang ditimpa kemalangan di tempat kerja masih belum mendapat tuntutan daripada pertubuhan berkenaan.

Sumber gambar : Facebook.

SEBENARNYA :

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) negeri Johor Bahru menafikan dakwaan seorang wanita yang dikatakan cuba terjun dari Jambatan Peserai di Batu Pahat bahawa suaminya yang ditimpa kemalangan di tempat kerja masih belum mendapat tuntutan daripada pertubuhan berkenaan.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, pihaknya telah membuat bayaran kepada suami wanita berkenaan pada hari sama sewaktu permohonan dikemukakan kepada Perkeso pada 28 Ogos tahun lalu.

Beliau berkata. “Perkeso telah membuat bayaran faedah hilang upaya sementara waktu sebanyak RM14, 267.97 dan HUK RM 13, 798.76 pada 28 Ogos tahun lalu dan bayaran hilang upaya kekal sebanyak RM13,798.76 pada 3 Jun lalu.

“Suami wanita itu juga turut mendapat bantuan implan screw fix of scaphold yang ditanggung Perkeso pada 10 Ogos tahun lalu berjumlah RM 1,900. Jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM29,966.73”.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI