Peminjam Gagal Bayar PTPTN Akan Disenaraikan Dalam Status Bankrap?

TULAR:
1014

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa peminjam yang gagal membayar hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disenaraikan dalam status bankrap.

Sumber gambar: Facebook.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching kecewa kenyataannya mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diputar belit segelintir media dan netizen media sosial.

Teo berkata, kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.

Tegas beliau, “Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya membandingkannya dengan sistem perbankan swasta, jika penghutang gagal membayar hutang mereka akan disenarai bankrap, tetapi tidak adil untuk kita lakukan perkara sama pada bekas pelajar yang gagal bayar PTPTN, itu maksud saya”.

SUMBER :

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI