Transaksi Boleh Dilakukan Tanpa Kebenaran Pemegang Kad Pembayaran Tanpa Sentuh?

TULAR:
1844

PENJELASAN :

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Kumpulan Kad Nasional memperjelaskan berhubung sebuah klip video yang tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki menggunakan mesin terminal bayaran (POS) mudah alih melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan menyentuh POS pada poket pemegang kad pembayaran tanpa sentuh.

Sumber gambar: Facebook

Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Kumpulan Kad Nasional memberi jaminan kepada orang ramai bahawa transaksi tanpa kebenaran menggunakan mesin terminal bayaran (POS) mudah alih, tidak mungkin berlaku di Malaysia.

ABM mengulas video yang kini tular di platform media sosial menunjukkan seorang lelaki menggunakan terminal POS mudah alih melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan menyentuh POS pada poket pemegang kad pembayaran tanpa sentuh.

Dalam kenyataannya, ABM berkata, insiden itu tidak berlaku di Malaysia, dan aktiviti penipuan itu tidak mungkin berlaku di sini kerana proses ketat pemilihan pedagang oleh bank dan institusi kewangan.

Menurut ABM, “Hanya perniagaan berdaftar (pedagang yang diluluskan), dan telah menjalani proses pemeriksaan pelanggan secara teliti oleh bank atau institusi kewangan, layak memohon kemudahan terminal POS”.

ABM turut berkata, semua urus niaga yang dibuat di terminal POS mesti diproses oleh bank atau institusi kewangan, dan urus niaga berkenaan boleh dikesan.

SUMBER :

Laman Rasmi Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI