Kerajaan Bakal Bubar MARA?

TULAR:
755

PENJELASAN:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dibubarkan oleh Kerajaan.

Sumber gambar: Facebook

Isu pembubaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya spekulasi pihak tidak bertanggungjawab yang mahu mengambil kesempatan terhadap dakwaan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan mahu menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, setakat ini kabinet masih belum membincangkan sebarang perkara berhubung status Mara dan cakap-cakap mengenai pembubaran agensi berkenaan hanya tular di media sosial.

Beliau menjelaskan, “Kerajaan belum memutuskan (mengenai Mara) dan ia hanya spekulasi yang berlegar di media sosial. Kita tunggu keputusan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan pucuk pimpinan di mana kedudukan Mara. Jika ia tak sesuai, ia boleh dibincangkan namun perlu diingatkan ada akta khusus mengenai Mara dan jika ingin dibubarkan, ia akan mengambil masa yang panjang (dan tidak semestinya berlaku)”.

SUMBER:

Kosmo 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI