Kanak-Kanak Meninggal Dunia Di Sarawak Akibat HFMD?

TULAR:
679

PENJELASAN :

Kementerian Kesihatan memperjelaskan laporan yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia akibat Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Daro, Mukah, Sarawak, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan dalam satu kenyataan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan pada 28 Julai 2018. Kanak-kanak tersebut yang berumur 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak. Beliau mula mengalami demam pada 24 Julai 2018 dan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam di tapak tangan dan kaki serta ulser dalam mulut pada 25 Julai 2018. Selanjutnya kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan (KK) Daro pada 25 Julai 2018 dan telah didiagnosa sebagai disyaki HFMD di mana beliau telah diberikan rawatan serta ibunya telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika anak beliau masih tidak sembuh.

Pada 27 Julai 2018 malam, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Daro dalam keadaan tidak stabil dan telah dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada pukul 2:08 pagi 28 Julai 2018 dengan penyebab kematian adalah disebabkan oleh jangkitan paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dengan jangkitan HFMD. Sampel klinikal telah diambil untuk ujian pengesahan bagi mengetahui penyebab kematian.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI