PALSU:
Tular di media sosial satu infografik memaparkan gambar Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, YAB. Tuan Chow Kon Yeow memakai songkok serta kenyataan berikut:
“majoriti penduduk Pulau Pinang terdiri dari bukan Islam dan kebisingan masjid di waktu pagi mengganggu orang bukan Islam sedang nyenyak tidur dan juga mengganggu ketenteraman awam. Oleh itu kerajaan DAP mengehadkan aktiviti solat di masjid dan solat subuh tidak dibenarkan sama sekali”.
SEBENARNYA:
Pegawai Penerangan Bahagian Kerajaan Negeri, Pejabat Ketua Menteri, Zahar Zainul berkata, bahawa mesej yang disebarkan melalui platform media sosial sejak dua hari lalu adalah fitnah yang sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Zahar menyatakan bahawa KM tidak pernah campur tangan atau membuat sebarang keputusan berhubung hal ehwal agama Islam di negeri ini.
SUMBER:
Facebook Rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang