Perarakan Bendera Komunis Di Jalan Raja Uda, Butterworth?

TULAR:
1937
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat perarakan yang membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM) di Jalan Raja Uda, Butterworth, Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Polis menafikan rakaman tular di laman sosial yang didakwa perarakan membawa bendera Parti Komunis Malaya (PKM), sebaliknya ia adalah perarakan sempena Pesta Chingay yang diadakan di Butterworth.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor , video berdurasi 1:15 minit itu dirakam di Jalan Raja Uda, Butterworth sebenarnya bukanlah perarakan membawa bendera Komunis seperti yang didakwa.

Beliau berkata, “Tiada sebarang perarakan yang membawa bendera Komunis berlaku seperti yang ditularkan. Perarakan tersebut adalah sempena Perarakan Pesta Chingay Pulau Pinang ke-11 yang telah berlangsung pada Ahad lepas.”

Jelas beliau, “Bendera yang dibawa oleh salah satu kontinjen perarakan adalah bendera yang tertera tulisan KIWANIS iaitu sebuah pertubuhan sukarelawan di Malaysia,”

SUMBER:

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI