Tarif Air Di Seluruh Negeri Pahang Naik Berkuatkuasa Pada 1 Januari 2020?

TULAR:
1737

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah mengeluarkan kenyataan berhubung kenaikan tarif air yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP):

Pihak PAIP dengan ini ingin menafikan bahawa berita yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial tersebut dikeluarkan oleh pihak PAIP atau bersumberkan mana-mana pegawai PAIP. Pihak PAIP berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikaitkan secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai.

Untuk makluman, kenaikan tarif ini masih di dalam kajian dan tertakluk kepada keputusan pihak Kerajaan Persekutuan. Susulan daripada itu, pihak PAIP ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih kepada orang ramai.

SUMBER:

Facebook Rasmi PAIP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI