Penjualan Air Zamzam Tidak Dibenarkan Di Malaysia?

TULAR:
4129

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperincikan penjelasan berkenaan penjualan air Zamzam yang tidak dibenarkan di Malaysia.

Pada tahun 2017, pihak KKM telah memperjelaskan lebih lanjut berkenaan kenyataan daripada Kedutaan Kerajaan Arab Saudi yang melarang penjualan air Zamzam di mana-mana kedai termasuklah kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia, seperti di pautan berikut: Kenyataan KKM Tahun 2017.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Air Zamzam tidak boleh dijual dipasaran kerana dua alasan.

Pertama:
berpegangkan kenyataan pihak Arab Saudi yangg tidak pernah mengeluarkan kebenaran/permit eksport air Zamzam.

Kedua:
Air Zamzam tergolong dalam kategori air mineral dan tertakluk kepada pelesenan di bawah Peraturan2 makanan 1985 dan kebanyakan yang dieksport ke malaysia dikhuatiri adalah tiruan berdasarkan tiada kebenaran permit export dari negara arab saudi.

Air Zamzam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air Zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air Zamzam tidak dibenarkan di Malaysia.

Infografik berhubung larangan penjualan air Zamzam:

Sumber gambar: Facebook KKM

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM

Kenyataan Rasmi KP Kesihatan (2017)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI