PENJELASAN :
Tabung Haji (TH) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kesan kepada bakal haji berikutan konflik beberapa negara di Teluk Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.
Menurut Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, bakal haji yang akan menunaikan ibadah Haji tahun ini tidak perlu panik dan bimbang dengan keadaan tersebut.
Katanya,” Kita dah ada pengalaman luas dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut dan yang penting semua jemaah mengikut segala arahan dan peraturan yang dikeluarkan TH.
“Kita ada semua jentera serta petugas haji untuk gerak kerja yang hendak dilaksanakan. Sekiranya jemaah haji ikut saja arahan TH, insyaAllah semuanya akan selamat,” katanya.