PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berhubung kopi berperisa durian, yang didakwa menyebabkan dua pengawal keselamatan warga Nepal diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi tersebut.
Pemantauan yang dilakukan oleh KKM mendapati tiada sebarang campuran bahan kimia asing dalam peket asal kopi berperisa durian, yang didakwa menyebabkan dua pengawal keselamatan warga Nepal diserang sawan dan letih teruk selepas meminum kopi itu baru-baru ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, peket tercemar hanyalah yang diperoleh daripada tong sampah serta yang diedarkan oleh mereka yang tidak dikenali.