Duti Import AS Ke Atas Panel Solar Menjejaskan Pengeluar Di Malaysia?

TULAR:
351

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memperjelaskan dakwaan bahawa pengeluar Malaysia yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS) akan terjejas dengan duti import sebanyak 30 peratus ke atas panel solar sepertimana yang dikuatkuasakan Presiden Donald Trump.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, pengeluar Malaysia yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS) tidak akan terjejas dengan duti import sebanyak 30 peratus ke atas panel solar yang dikuatkuasakan oleh Presiden AS Donald Trump.

Beliau berkata isu berkaitan hubungan ekonomi antara Malaysia dan AS ditangani di bawah Perjanjian Rangka Kerja Perdagangan dan Pelaburan (TIFA).

“Malaysia merupakan pengeksport utama panel solar dan komponennya dengan nilai eksport sebanyak US$4 bilion pada 2017. Selepas perbincangan dengan AS melalui platform TIFA, kami dimaklumkan syarikat Malaysia tidak akan terjejas teruk dengan duti sebanyak 30 peratus itu.”

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI