PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Koronavirus sudah di kesan di kawasan Desa Tebrau, Johor.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor:
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian mengenai kenyataan dan video viral yang telah tersebar melalui media sosial yang menyatakan “CORONA VIRUS DAH MENDEKAT DENGAN KAWASAN DESA TEBRAU”. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali.
Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana ianya akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor