Wujud Kes Koronavirus Di Forest City, Johor?

TULAR:
1437

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kes Koronavirus di Forest City, Gelang Patah, Johor.


SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Johor:

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin membuat penafian mengenai kenyataan viral yang telah tersebar melalui sosial media berkenaan Forest City seperti di bawah adalah tidak benar. Jabatan kesihatan telah membuat laporan polis berkaitan kenyataan viral ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor memaklumkan bahawa berita tersebut tidak benar sama sekali.

Orang awam diminta tidak menyebarkan viral yang tidak sahih ini kerana akan mengakibatkan situasi panik dikalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI