Terdapat Kes Koronavirus Di Perlis?

TULAR:
1047

PALSU:

Tular di media sosial yang mendakwa kononnya terdapat kes jangkitan Koronavirus di Padang Besar, Perlis.


SEBENARNYA:

Menurut Kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis menafikan terdapat kes koronavirus di negeri ini sebagaimana yang tular di media sosial. 

Pengarah JKN Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, pada 31 Januari lalu, seorang wanita berusia 69 tahun telah dikesan mengalami demam melalui saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Padang Besar. Wanita dari Hong Kong itu telah dibawa ke Bilik Isolasi Klinik Kesihatan Padang Besar untuk pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan.

Jelas beliau, “Wanita tersebut tiada sejarah perjalanan ke Wuhan mahupun ke negara China dan berdasarkan kepada maklumat lengkap sejarah perjalanan, penilaian risiko jangkitan dan pemeriksaan perubatan ke atas wanita tersebut, dia tidak memenuhi definisi kes Person Under Investigation (PUI) 2019-nCoV,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI