Kumpulan Kongsi Gelap Antarabangsa “14K” Mempunyai Rangkain Di Malaysia?

TULAR:
785

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kumpulan kongsi gelap antarabangsa “14K” yang berasal dari Hong Kong dikatakan mempunyai banyak rangkaian di Malaysia.

Gambar Hiasan. Sumber: Academy.com

SEBENARNYA :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, bahawa tiada kumpulan kongsi gelap 14K di Malaysia. Perkara itu ditegaskan beliau ekoran timbul dakwaan kumpulan kongsi gelap antarabangsa berasal dari Hong Kong yang dikatakan mempunyai rangkaian di Malaysia.

Menurutnya, kumpulan kongsi gelap berkenaan yang sinonim dengan jenayah pengedaran dadah tidak menjadikan Malaysia sebagai sasaran menjalankan operasi mereka disebabkan Malaysia mempunyai undang-undang yang sangat tegas berkaitan dadah.

SUMBER :

Laman rasmi Polis Diraja Malaysia

Utusan

Harian Metro

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI