Polis Tunda Bantuan Ke Temerloh Berikutan Penularan Penyakit E.coli?

TULAR:
127

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak polis terpaksa menunda bantuan ke Temerloh berikutan penularan penyakit bawaan air, E.coli.

Sumber gambar: Berita Harian


SEBENARNYA :

Pihak polis nafi dakwaan kononnya mengeluarkan arahan supaya segala bentuk program sukarela dan penyerahan bantuan banjir di Temerloh, ditunda berikutan penularan penyakit bawaan air, E.coli.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Sharifuddin Ab. Ghani berkata, penyebaran kenyataan berhubung perkara tersebut adalah berniat jahat dan sengaja mengelirukan orang ramai.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI