PENJELASAN:
Lembaga Tabung Haji (TH) memperjelaskan laporan bahawa larangan bergambar di Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah telah dikuatkuasakan, sepertimana yang dilaporkan media.
TH mengesahkan terdapat larangan itu selepas menerima makluman rasmi daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata, berdasarkan surat tersebut, penguatkuasaan dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat.
SUMBER :