Koperasi Dinar Dirham Berhad Diserbu Pihak Berkuasa?

TULAR:
3170

PENJELASAN:

Bank Negara Malaysia (BNM) memperjelaskan persoalan mengenai operasi serbuan yang telah dijalankan terhadap Koperasi Dinar Dirham Berhad (Kodinar) sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Satu operasi serbuan bersama telah dijalankan terhadap Koperasi Dinar Dirham Berhad pada 28 November 2017 dengan diketuai oleh Bank Negara Malaysia bersama-sama Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara Jabatan Peguam Negara (National Revenue Recovery Enforcement Team, NRRET), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Persatuan Koperasi Malaysia (SKM) dan Keselamatan Siber Malaysia (CSM). Koperasi Dinar Dirham Berhad disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Operasi serbuan bersama ini merupakan salah satu langkah antara agensi untuk menghapuskan kegiatan skim kewangan haram.

 

SUMBER:

Bank Negara Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI