Panggilan Telefon Daripada Polis Yang Meminta Bayaran Bagi Menyelesaikan Kes?

TULAR:
817

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan panggilan telefon yang mendakwa dirinya pegawai polis yang bertugas di sebuah balai polis di Shah Alam. Pemanggil akan memaklumkan bahawa mangsa mempunyai beberapa kes polis dan perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Sumber gambar: Bernama

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat, pihak polis telah menerima 54 laporan berkaitan cubaan menipu wang orang ramai dipercayai didalangi sebuah sindiket yang menyamar kononnya sebagai seorang pegawai polis dari Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam.

Kata beliau, pemanggil memberitahu bahawa mangsa mempunyai beberapa kes polis, antaranya kes kemalangan dan kes mahkamah serta perlu membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes berkenaan.

“Ingin saya tegaskan bahawa bukan prosedur polis untuk menghubungi orang awam untuk menyelesaikan kes, dan jika ada sesiapa menerima panggilan seperti ini maka dinasihatkan tidak meneruskan perbualan dan segera membuat laporan polis.”

SUMBER:

Facebook Polis Diraja Malaysia

Bernama

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI