PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, cadangan terbabit sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa pada tahun 2019.
Selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua restoran dan premis makanan termasuk warung-warung makanan di tepi jalan.
“Kita sedar arahan ini sudah lama wujud namun hanya membabitkan restoran-restoran tertentu sahaja. Tetapi kali ini, semua restoran tidak kira sama ada restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka (open air) perlu mematuhi arahan ini bermula tahun depan.”
SUMBER: