Waspada Ejen Atau Individu Yang Menggunakan Nama Dan Logo KPM Dalam Membantu Mendapatkan Dana Pembangunan SJKT

TULAR:
1094

WASPADA:

Orang ramai khususnya guru-guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dinasihatkan supaya berhati-hati dengan mana-mana organsisasi atau individu yang menggunakan nama dan logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang kononnya boleh membantu mendapatkan peruntukan bagi pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi KPM:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan membantu mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Sehubungan itu, guru-guru besar dinasihatkan supaya berhubung terus dengan Kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan, dan membuat laporan polis jika didatangi mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen Kementerian bagi tujuan tersebut.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga ada menerima aduan bahawa terdapat individu yang menggunakan nama dan logo Kementerian Pendidikan Malaysia serta jata negara bagi tujuan memperdaya dan mempengaruhi guru-guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI