Pos Malaysia Kenakan Caj Pemprosesan Tambahan Sebanyak RM5 Bagi Pembaharuan Cukai Jalan?

TULAR:
937

PENJELASAN:

Pos Malaysia Berhad memperjelaskan laporan berhubung notis pengumuman yang mengenakan caj pemprosesan tambahan RM5 bagi memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Sumber gambar: Instagram

Pos Malaysia mengesahkan akan mengenakan caj pemprosesan tambahan RM5 bagi memperbaharui cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) seperti yang tular di media sosial.

Caj tambahan itu hanya dikenakan kepada pelanggan korporat bermula 15 Oktober 2018.

“Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan. Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai. Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu.”

Perkongsian tersebut mendapat maklum balas netizen yang mendakwa kadar perkhidmatan pengeposan barangan disediakan Pos Malaysia juga bakal dinaikkan susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bagaimanapun, menjawab dakwaan itu Pos Malaysia menafikannya dan memaklumkan kadar produk dan perkhidmatan Pos Laju kekal seperti sedia kala.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI