Gunung Kenderung, Gerik Tidak Selamat Didaki?

TULAR:
1531

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan bahawa Gunung Kenderung tidak selamat bagi aktiviti pendakian ketika ini ekoran kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan dan hakisan tanah.

Sumber gambar: Facebook

Gunung Kenderung tidak selamat untuk aktiviti pendakian ketika ini ekoran tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan dan hakisan tanah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, gunung berkenaan berisiko tinggi terutamanya pada laluan trek mendaki, malahan kawasan tapak perkhemahannya juga mengalami mendakan tanah serta kerosakan teruk.

“Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Jabatan Perhutanan Gerik untuk perhatian dan tindakan. Diharap pihak berkenaan tidak memberi kebenaran kepada pendaki untuk mendaki gunung tersebut kerana ia berisiko tinggi selain atas faktor keselamatan.”

SUMBER:

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI