Fenomena Kerang Di Pulau Ketam, Selangor?

TULAR:
1439

PENJELASAN:

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperjelaskan fenomena kemunculan beribu-ribu kerang di Pulau Ketam yang didakwa kononnya dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.

Sumber gambar: Facebook

Orang ramai terutama golongan nelayan yang menetap di  perkampungan Pulau Ketam di Selangor dinasihatkan agar tidak panik dengan gambar ataupun maklumat yang diviralkan mengenai kemunculan beribu-ribu kerang di pulau itu yang dikaitkan sebagai petanda awal bencana alam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani menjelaskan fenomena seumpama itu akan berlaku setiap kali air pasang mula menjadi surut di kawasan berpasir seperti pulau nelayan itu.

“Fenomena kerang timbul di Pulau Ketam yang merupakan kawasan penternakan kerang merupakan perkara biasa setiap kali menjelang kejadian air pasang besar. Kerang itu kelihatan seolah-olah muncul di permukaan kawasan berpasir Pulau Ketam sebab air pasang mula surut lebih rendah dari keadaan biasa yang boleh mencecah sehingga paras 0.6 meter pada satu-satu masa.”

SUMBER:

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI