Siren Amaran Tsunami Diaktifkan Di Pulau Pinang?

TULAR:
1476

PALSU:

Tular di media sosial paparan sebuah video klip yang mendakwa siren amaran tsunami telah diaktifkan di Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan tular mengenai kejadian tsunami di Pulau Pinang. Untuk makluman video ini direkodkan semasa pengujian siren tsunami pada 4 November 2014, jam 11.30 pagi. Tiada sebarang gempa bumi atau tsunami yang berlaku pada masa ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang info atau video berkenaan kejadian gempa/tsunami. Sila dapatkan maklumat gempa/tsunami terkini melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial iaitu Facebook – malaysiamet dan twitter – @malaysianmet serta MMD Hotline di talian 1-300-22-1638.

SUMBER:

Facebook Rasmi MMD

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI