Kejadian Tanah Runtuh Di KM52.4, LPT?

TULAR:
628

PALSU:

Tular di media sosial sebuah klip suara (voice note) yang mendakwa kononnya berlaku kejadian tanah runtuh di KM52.4 kawasan Bentong menghala Timur, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Gambar hiasan. Sumber: YouTube

SEBENARNYA:

ANIH Berhad ingin memaklumkan “voice note” berkenaan tanah runtuh di KM52.4 kawasan Bentong menghala Timur yang sedang tular di laman Whatsapp sejak petang tadi adalah TIDAK BENAR.

Mohon orang yang tidak bertanggungjawab menghentikan penularan info palsu ini. Untuk pengguna LPT, sila ikuti laman rasmi Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

SUMBER:

Facebook Rasmi LPT

Utusan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI