Waspada Panggilan Palsu Individu Mendakwa Dari SPRM Yang Meminta Butiran Peribadi Bagi Tujuan Siasatan

TULAR:
1675

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan panggilan telefon, emel atau apa-apa medium sosial yang kononnya daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), meminta butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Versi Terkini. Tular: Oktober 2018

Sumber gambar: Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Ogos 2018

Sumber gambar: SPRM

Versi Terdahulu. Tular: Jun 2018

Sumber gambar: Facebook

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menegaskan bahawa tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi panggilan telefon, emel atau apa-apa medium media sosial untuk mendapatkan butiran peribadi dan sulit bagi tujuan menjalankan siasatan.

Ini berikutan SPRM telah menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan panggilan dan permohonan palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang menerima panggilan meragukan ini, dinasihatkan agar terlebih dahulu mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat menerusi talian 1-800-88-6000 dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.sprm.gov.my.

SUMBER:

Facebook Rasmi SPRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI