Calon Perlu Menduduki Semula Kertas Ujian Bertulis PT3 Kerana Kebocoran Instrumen?

TULAR:
1292

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku kebocoran pada kertas Ujian Bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), bagi instrumen Bahasa Inggeris, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu. Susulan kebocoran tersebut, calon PT3 dikehendaki bagi menduduki semula kertas tersebut.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Ujian Bertulis bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dilaksanakan pada 1 sehingga 4 Oktober 2018. Walau bagaimanapun, terdapat khabar angin yang tular menyatakan bahawa instrumen Bahasa Inggeris, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu telah bocor dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh yang dinyatakan.

Lembaga Peperiksaan (LP) ingin memaklumkan bahawa berita tentang kebocoran tersebut adalah TIDAK BENAR. Sehubungan dengan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan kerana PT3 dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat. Ibu Bapa/ penjaga dan murid tidak perlu bimbang berkaitan pekara ini. Pihak sekolah telak melaksanakan PT3 berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh LP dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

SUMBER:

Facebook Rasmi KPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI