PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat beberapa laman web Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 yang diwujudkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membantu calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan dalam talian bagi pegawai eksekutif.
SEBENARNYA :
LHDNM menafikan mewujudkan laman-laman web contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDNM 2017.
Pihak LHDNM menegaskan bahawa laman web Panduan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN 2017 atau Rujukan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 atau mana-mana laman web seumpamanya adalah bukan daripada LHDNM. Semua laman web tersebut tiada kaitan dengan peperiksaan online berkenaan dan ia dibangunkan oleh pihak lain yang berkemungkinan mempunyai motif tertentu daripada calon-calon yang layak menduduki peperiksaan online LHDNM
SUMBER :
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)