Polis Saman Pemandu Kereta Atas Kesalahan ‘Tampal Sesuatu Pada Cermin’?

TULAR:
2111

PALSU  : 

Tular di media sosial dakwaan seorang individu bahawa ketidakpuasan hati tindakan saman ke atas beliau oleh anggota Polis Trafik, IPD Serdang atas kesalahan ‘Tampal Sesuatu Pada Cermin’.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin,menafikan dakwaan bahawa anggota Polis Trafik, IPD Serdang menyaman individu tersebut atas kesalahan ‘Tampal Sesuatu Pada Cermin’.

Menurut beliau, kenderaan tersebut telah di tahan kerana kesalahan cermin gelap. Saman telah dikeluarkan oleh anggota trafik di bawah Seksyen 4(B) PU(A) 039/91 dalam Akta Kaedah- Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis- Jenis Kaca Tertentu). Gambar ‘sun shade’ yang ditularkan itu adalah gambar yang di ambil dari laman web  Google dan bukanlah gambar sebenar kenderaan tersebut.

SUMBER : 
Polis Diraja Malaysia (Selangor)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI