Hutan Simpan Kekal Semakin Menghilang?

TULAR:
1681

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Hutan Simpan Kekal (HSK) di negara ini semakin menghilang.

Gambar hiasan. Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA : 

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dakwaan bahawa HSK di negara ini semakin menghilang adalah tidak benar kerana keluasannya menunjukkan trend peningkatan sejak 2010.

Tambahnya, hampir seluruh negeri, kecuali satu, mencatatkan perkembangan positif namun dengan peratusan yang berbeza. “Tidak benar hutan kita berkurangan, sejak 2010, ia meningkat setiap tahun. Sarawak sebagai contoh meningkat hampir 18 peratus,”ujarnya.

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI