PALSU :
Tular di media sosial berhubung laporan dakwaan bahawa madu Capilano adalah toksik dan beracun serta diperbuat daripada campuran madu yang diimport daripada Negara China, Mexico, Argentina, Hungary dan Brazil.
Sumber Gambar: Laman web Kangaroo Court of Australia.
SEBENARNYA :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendapat penjelasan daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia yang memberi jaminan bahawa semua madu yang dieksport dari Australia adalah selamat. Mengikutnya semua madu yang dihasilkan di Australia dan yang diimport ke Australia adalah tertakluk kepada ujian pemantauan untuk memastikan ia mematuhi Australia New Zealand Food Standards Code.
Selain dari itu, Kementerian Kesihatan sejak 1 Disember 2006 telah mengenakan syarat untuk semua madu yang yang diimport ke Malaysia disertakan dengan sijil kesihatan dari pihak berkuasa negara pengeksport yang mengesahkan keselamatan madu tersebut. Pada masa yang sama, hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas madu Capilano mendapati ia mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985.
SUMBER :
Siaran Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan