PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan kononnya Kerajaan akan memberhentikan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
SEBENARNYA :
Kerajaan menyangkal dakwaan kononnya akan memberhentikan perluasan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, belum ada perbahasan atau soalan mengenai perkara itu dilakukan di Dewan Rakyat setakat ini.
Beliau berkata, “Saya belum berbahas, belum menggulung bagi pihak kerajaan dan tidak ingat ada menjawab soalan sedemikian di Parlimen”.