Kementerian Pendidikan Bekukan Biasiswa MyBrain?

TULAR:
775

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan dakwaan bahawa kementeriannya membekukan peruntukan biasiswa MyBrain sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Twitter

Penangguhan Program Biasiswa MyBrain dibuat sementara mendapat kelulusan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Kewangan dan EPU pada waktu ini mungkin sedang melihatkan kepentingan terhadap beberapa isu terdahulu.

Jelas beliau, “Kita perlu ketahui bahawa program MyBrain melibatkan lebih 10,000 di kalangan mereka yang menerima. Jadi apa yang berlaku ialah kerajaan sebelum ini telah menjanjikan RM90 juta peruntukan tetapi ia tidak pernah sampai lagi kepada Kementerian Pendidikan. Ia langkah politik daripada kerajaan lepas.

RM90 juta itu sebenarnya tidak cukup untuk menampung keseluruhan pengajian penerima tersebut. Keseluruhan kos yang perlu ditampung ialah RM612 juta. Dan ini memberikan implikasi kewangan yang besar”.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI