Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Beri Arahan Pengemaskinian Borang Biodata Guru 2018?

TULAR:
695

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran telah mengeluarkan arahan kepada guru-guru untuk mengemaskini biodata guru-guru sekolah menengah kebangsaan diseluruh negara.

Sumber gambar: KPM.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Y.Bhg. Datuk D. A Bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan secara bertulis atau lisan untuk mengemaskini biodata guru-guru sekolah rnenengah kebangsaan diseluruh negara sepertimana dakwaan yang tular di aplikasi Whatsap, media sosial.

Para guru dan kakitangan sekolah yang menerima surat atau borang Kelengkapan Biodata Guru Tahun 2018 diminta mengabaikannya dan tidak memberikan sebarang maklumat atau data peribadi seperti yang diminta.

Pihak kementerian percaya data peribadi ini akan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk keuntungan masing-masing. Satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini.

SUMBER :

Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI