PENJELASAN :
Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan laporan bahawa pihaknya kini sedang memburu majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran, kerajaan memberikan tempoh sehingga Ogos 2018 untuk majikan mendaftarkan pekerja mereka dan membayar caruman Perkeso, atau mereka berdepan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali.
YB Kulasegaran menegaskan, Perkeso akan melancarkan kempen di seluruh negara menerusi Op Kesan untuk memburu majikan yang gagal mematuhi syarat tersebut pada tempoh masa ditetapkan.
“Kami mahu melihat penglibatan mereka dan Perkeso selain mewujudkan suasana mesra perniagaan. Alasan tidak mendaftarkan pekerja disebabkan perniagaan tidak berjalan dengan baik, tidak boleh diterima kerana apabila perniagaan maju mereka (majikan) tidak pula menggandakan caruman.”
SUMBER :