Pharmaniaga Memonopoli Bekalan Ubat-Ubatan Di Malaysia?

TULAR:
1276

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa Pharmaniaga memonopoli bekalan ubat-ubatan  kepada semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, YB Dr. Dzulkefly Ahmad, “Pada tahun 2017, perbelanjaan KKM untuk ubat-ubatan dan ‘consumable items’ adalah kira-kira RM3.3bilion. Lebih kurang 33.4% (RM1.1bilion) daripada perbelanjaan kesihatan KKM adalah dari syarikat konsesi manakala 66.6% (RM2.2bilion) merupakan perolehan yang dilakukan oleh fasiliti berkaitan melalui kontrak agensi pusat atau sebut harga.”

“Daripada jumlah yang dinyatakan di atas, adalah tidak tepat untuk menyatakan bahawa Pharmaniaga bertindak sebagai Monopoli atau pemegang konsesi tunggal kerana terdapat juga vendor lain yang membekalkan secara langsung kepada semua fasiliti kesihatan KKM.”

“Di bawah mandat baharu yang diberikan oleh rakyat, KKM di bawah kerajaan baharu komited untuk menjadi lebih telus dalam pemberian kontrak-kontrak berkenaan, serta berlaku adil kepada semua pembekal dalam pasaran yang kompetitif”.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Kesihatan

Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Utusan Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI