Waspada Iklan Dalam Talian Tawaran Pinjaman Peribadi Yang Menggunakan Logo KWSP

TULAR:
1162

WASPADA :

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berwaspada dengan iklan dalam talian yang menawarkan pinjaman peribadi menggunakan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan telah menggunakan logo KWSP dan visual yang diambil dari laman web rasmi KWSP.
Sumber gambar: KWSP

KWSP menegaskan bahawa ia tidak pernah mengiktiraf perkhidmatan seperti yang diiklankan dan tidak melantik mana-mana ‘agen sah’ seperti yang didakwa. Laman web seperti tersebut tidak dibenarkan menggunakan logo KWSP.

KWSP memandang serius penggunaan logo atau bahan hakcipta terpelihara dengan sembarangan bertujuan untuk mengelirukan ahli. Ahli disarankan untuk berwaspada apabila menerima sebarang maklumat atau tawaran melibatkan KWSP, dan elakkan daripada tertipu dengan membuat pengesahan terlebih dahulu dengan KWSP.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI