Bantuan Khas Aidilfitri 2018 Telah Dimasukkan Dalam Bajet 2018?

TULAR:
613

PENJELASAN :

Kementerian Kewangan memperjelaskan dakwaan bahawa pengumuman mengenai Bayaran Khas Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesetengah penjawat awam dan pesara telah pun dimasukkan ke dalam Bajet 2018, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Kementerian Kewangan, susulan pengumuman YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2018 bahawa penjawat awam di Gred 41 dan ke bawah serta pesara kerajaan telah diluluskan permohonan Bayaran Khas Aidilfitri masing-masing RM400 dan RM200, dan juga pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Persekutuan akan memohon peruntukan tambahan itu dalam sidang Parlimen akan datang, terdapat pihak yang berpendapat bahawa peruntukan tambahan tersebut telah pun disediakan dalam Bajet 2018. Ini selaras dengan pengumuman mantan Perdana Menteri mengenai bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam Ucapan Bajet 2018 tahun lalu.

Tetapi sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran tersebut tidak disediakan dalam Bajet 2018, yang mana ini telah disahkan oleh Pejabat Akauntan Negara. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 yang berkaitan perkara tersebut telah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.

Selain itu, Akauntan Negara Datuk Saat Esa juga mengesahkan bahawa peruntukan untuk Bayaran Khas Aidilfitri seperti yang diumumkan oleh mantan Perdana Menteri dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017 perlu diluluskan dalam sidang Parlimen pada Julai 2018 ini sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018.

SUMBER :

Facebook Kementerian Kewangan

Astro Awani

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI