Waspada Sindiket Penipuan Yang Membuat Panggilan Telefon Mewakili Pihak Berkuasa Atau Institusi Kewangan

TULAR:
719

WASPADA:

Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan yang didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yang membuat panggilan telefon secara rambang dengan mendakwa mewakili pihak berkuasa ataupun institusi kewangan tertentu.

Sumber gambar: Polis Diraja Malaysia.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Panggilan tersebut dibuat bagi membuat pengesahan transaksi kewangan yang kononnya milik mangsa.

Taktik ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan boleh menyebabkan kerugian berjumlah ribuan ringgit.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri sebagai pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis, pegawai Bank Negara Malaysia atau pegawai bank) memaklumkan akaun bank telah digunakan oleh orang lain dan semak dengan pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI