Waspada Kegiatan Macau Scam Menyamar Sebagai Pegawai Polis

TULAR:
553

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kegiatan Macau Scam yang menelefon dengan menyamar sebagai pegawai polis bagi menipu mangsa.

Gambar hiasan. Sumber: South China Morning Post

Sindiket terbabit dikesan menggunakan nombor telefon yang serupa dengan nombor Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Ibu pejabat Polis Kontinjen negeri untuk memperdaya orang ramai.

Mereka akan membuat panggilan menggunakan teknologi voice over internet protocol (VOIP) dan mengatakan mangsa terlibat dalam sindiket terancang dan kegiatan pengubahan wang haram.

Mangsa yang panik dan takut akan mengikut segala arahan suspek yang disangka pegawai polis termasuk memindahkan wang ke dalam akaun ditetapkan suspek.

Sehubungan itu, orang ramai juga diingatkan supaya tidak memberikan butir-butir peribadi akaun mereka termasuk kata laluan dan nombor kad bank kepada pihak lain atas apa-apa alasan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI