PENJELASAN :
Majlis Raja-Raja memperjelaskan laporan bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa Majlis Raja-Raja tidak bertindak berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak benar.
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, menjelaskan, Ketua Pesuruhjaya, Timbalan dan pegawai kanan SPRM dititahkan menghadap baginda sekalian bagi menyembahkan taklimat yang berkaitan pada 2015.
Susulan pertemuan itu, katanya, satu kenyataan dikeluarkan bagi menunjukkan bahawa Duli Yang Maha Mulia memberikan perhatian berat terhadap isu 1MDB, mengikut ruang lingkup peranan dan kuasa raja-raja berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.