Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 17 April Hingga 23 April 2025

TULAR:
133

Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):

Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 sebanyak 10 sen kepada RM3.18 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 10 sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh 17 April 2025 hingga 23 April 2025.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 April 2025 hingga 23 April 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(1) Harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen kepada paras RM3.18 seliter;
(ii) Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,
(iii) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 10 sen. kepada paras RM2.88 seliter; dan
(iv) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI