Penjelasan Kejadian Letupan Di Sebuah Stesen Minyak Berdekatan KLIA

TULAR:
271

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur:

Polis menafikan dakwaan yang kononnya terdapat ancaman letupan di sebuah stesen minyak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 April 2025.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima makluman berhubung satu kejadian letupan membabitkan kereta jenis Proton Saga di lokasi berkenaan.

Untuk makluman hasil pemeriksaan kejadian letupan berlaku disebabkan bateri kereta meletup. Laporan pemeriksaan polis telah dibuat bersabit Aeropolis/1107/25.

SUMBER:

Bernama

Berita RTM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI