Makluman: Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 22 Mei Hingga 28 Mei 2025

TULAR:
106

Menurut kenyataan Media Kementerian Kewangan (MOF):

Seiring dengan peningkatan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.10 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM2.80 seliter. Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Mei 2025 hingga 28 Mei 2025 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.07 seliter kepada RM3.10 seliter,
(ii) Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,
(iii) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.77 seliter kepada RM2.80 seliter; dan
(iv) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF

Instagram Rasmi MOF

X Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI