Waspada Sindiket Penipuan Yang Menyalahgunakan Nama Dan Logo PDRM Tawar Khidmat Pulang Wang Ditipu

TULAR:
120

Menurut Kenyataan Media Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Pihak JSJK PDRM telah mengesan hantaran iklan di Facebook yang menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan semula wang yang ditipu. Iklan tersebut yang dipaparkan turut mengandungi logo PDRM serta perkataan “ Royal Malaysia Police, Commercial Crime Investigation Department (CCID)”.

Adalah dimaklumkan, pihak JSJK PDRM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan iklan tersebut. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah palsu dan satu cubaan penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JSJK, PDRM

Instagram Rasmi PDRM

X Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI